Tuesday, 8 March 2011

Week 9 : Of pre-marital course day 1

Hi everyone!

Announcing the arrival of the beautiful princess, Norli binti Mohamed Yaacob to the WDKU2. Members of the hall, all rise. *berangan*. Rasa dihargai kan bila kita masuk dewan then ada announcement lagi. At least, kalau tiada pengumuman sekali pun, cukuplah sekadar di sambut oleh seorang (it would be better if it is more than one !) jejaka idaman malaya yang sangat kacak *scream!* apa lagi kalau dikala itu adalah kursus perkahwinan kan? Err..sesuai untuk gadis gadis single sahaja. For those who are already in relationship-facebook status, please behave! :D

Okay, jom cerita pasal kursus perkahwinan!

**********

Setiap majlis atau event atau apa sahaja yang dikategorikan sebagai majlis rasmi, mesti ada sekurang-kurangnya seorang pengacara. Seorang pengacara bertugas sebagai perantara untuk memulakan atau menjemput penceramah atau orang yang akan menyampaikan ucapan mahupun pada majlis penyampaian anugerah atau sijil. Dan seorang pengacara majlis haruslah manis seperti beliau.

Google courtesy

Begitulah alkisahnya di kursus perkahwinan yang telah dianjurkan oleh MPP-UMP. Pengacara sangat kacak, manis, sejuk mata memandang dan ehem ehem, haruslah kelakar orang nya :)

**********

Slot 1 : AQIDAH (Ustaz Abdul Hamid bin Mohd Jais)

Aqidah, masih sama seperti yang kita belajar di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga matrikulasi. Sama? Ya, sama. Aqidah takboleh berubah bang. Harap maklum. Kalau rasa dah berubah, boleh pergi pejabat kaunseling Jabatan Agama Islam Pahang :)

Terbatalnya aqidah kita, memberi banyak impak terutamanya dalam keluarga. Antaranya :-

  • Pembubaran perkahwinan
           Perkahwinan antara muslim dengan bukan muslim adalah haram sama sekali. Sebab itulah ramai lelaki Islam contohnya, akan meminta bakal isteri untuk memeluk agama Islam dan bagi yang cetek ilmu aqidahnya hanya membiarkan sahaja bakal isteri terus sahaja dengan agama yang dianutinya sedangkan itu adalah HARAM. Ya, HARAM ya kakak-kakak abang-abang sekalian. Sebab itulah, jika kita tengok dalam drama Melayu (drama Jepun Korea takde yang melibatkan agama) banyak yang mengisahkan perkahwinan antara dua agama yang berbeza. 

Contohnya :- Si lelaki beragama Islam manakala si wanita adalah seorang Kristian. Nak kahwin? Boleh tapi si wanita itu wajiblah memeluk Islam terlebih dahulu. Kenapa dikatakan wanita yang wajib memeluk Islam dan bukan lelaki yang keluar dari agama Islam? Hey you, kalau lelaki yang keluar Islam (read : Murtad), dah rosak aqidah la namaya tu. Kalau sebelum berkahwin, lelaki mengikut cakap perempuan, bagaimana pula apabila mereka telah berkahwin? Bagaimana dengan keluarga si lelaki sedangkan dalam Islam itu sendiri mengatakan tanggungjawab si isteri adalah sepenuhnya kepada si suami tetapi tanggungjawab si lelaki itu masih lagi kepada keluarga. Got it?

  • Hilang hak mempusakai
          Yes, seorang anak, suami, isteri yang rosak akidahnya yakni yang dalam bahasa indahnya telah meninggalkan agama Islam, haram baginya mempusakai harta daripada keluarga, suami atau isteri. Mengapa perkara seperti ini terjadi? Pada pendapat saya, (saya tak teror agama, ni semua belajar time sekolah) kalau dah murtad, then mewarisi harta, lepastu guna pulak harta tu beli arak dan sebagainya yang haram. Tak  ke haru macam tu?

  • Hilang keistimewaan sebagai seorang muslim.
          Keistimewaan orang muslim. Contoh :- Tiada tempat baginya di tanah perkuburan Islam. Carilah kubur lain yang boleh menerima anda. Dan, err..tak kesian ke dekat family yang masih hidup lagi kat dunia ni bila kita yang selama ini mendapat didikan agama padahal hakikatnya kita adalah berpura-pura tiba-tiba apabila meninggal, kita tidak mendapat tempat di tanah perkuburan Islam. Family kita yang menanggung segala hinaan dan cercian. Berfikir sebelum bertindak!


Google courtesy


Yang dinyatakan hanyalah mungkin tidak menghampiri 1% pun dari konteks akidah sebenar. Ya saya masih lagi dalam proses pembelajaran. Please don't expect much from me :)


**********

Slot 2 : Pengurusan keluarga (Ustaz Shaari bin Abd Rahman)

Dalam konteks pengurusan keluarga yang telah disampaikan dalam kursus tadi, barulah saya faham apa sebenarnya yang dikatakan pengurusan keluarga. Bukan tindakan dari si isteri semata-mata malahan sepatutnya mendapat kerjasama daripada si suami. Bantu membantu kan amalan mulia. Ye dak?

Untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia seperti ini,

Terima kasih Kadir

Bahagia kan? Pengurusan keluarga banyak membantu dalam membentuk keluarga yang harmoni. Ianya termasuklah pengurusan kewangan, pengurusan masa mahupun pengurusan kesihatan.

Boleh skip tak pengurusan keluarga ni? Err.. the truth is I'm fall asleep from starts to the end of the slot :D


**********

Slot 3 : Ibadah (Ustazah Mimi)

| ``Kerana cinta aku turutkan'' |
Ini pun sama. Eh,apa yang sama nya? Tidur? Aah, sama, tidur! Haha. Mengantuk sangat time tu. Heeee :D

Sesiapa yang nak tahu pasal ibadah ni, boleh pinjam buku dengan aku. RM36.50 sejam. (Pengurusan kewangan)

Ehem ehem!

**********

Slot 4 : Komunikasi kekeluargaan

Ehem! Err.. hi handsome!

Wah, kalau dapat suami macam ustaz Hafidz tu, rasa macam bahagia je hidup. Komunikasi dalam keluarga terutamanya antara suami isteri sangat penting dalam membentuk keluarga bahagia.

Apa salahnya kalau bangun pagi sebelum pergi bekerja, suami meninggalkan kad kepada sang isteri. Romantik kan? :) (dear future husband, please do this :D)


Google courtesy

(dear future husband, saya nak yang tulis macam ni "Buat isteriku yang baik" ehem ehem!)

Kata si kacak, masa bercinta yang hukumnya haram tu, kenapa pasangan boleh memanggil pasangan masing-masing dengan panggilan yang cukup baik sedangkan selepas berkahwin yang segalanya halal bagi mereka, semuanya berubah. Apakah kasih sayangmu hanya pada yang haram semata-mata? (si kacak yang cakap)

Pasangan suami isteri juga haruslah saling menghargai satu sama lain. Tambahan pula pada zaman sekarang, banyak cubaan dan dugaan yang perlu dilalui. Semestinya hanya kasih sayang yang mampu mempertahankan hubungan mereka. Hubungan yang halal maksudnya di sini ya kawan-kawan.

Saya dah taktau apa yang saya merepek sekarang. :D Dah banyak sangat nak kena ingat. Hoho. Boleh baca dalam buku jugak semua ni ya!

Sekian untuk slot si kacak!

**********

Slot 5 : Munakahat (Ustaz Badaruddin Ahmad Bustami)

Munakahat. Apakah itu? Prosedur perkahwinan. Dah, jangan cakap banyak!


Persediaan sebelum berkahwin

Seperti biasa, penuhkan ilmu fardhu ain, fardhu kifayah, persediaan mental dan fizikal dan bla bla bla...

Pemilihan jodoh

Pemilihan calon isteri sebaik-baiknya berasaskan kriteria berikut :-

  • Agama
  • Keturunan
  • Kecantikan 
  • Harta
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:
Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya kamu akan selamat.
 (Riwayat Muslim dan Bukhari) 

Pemilihan calon suami yang patut diberikan perhatian oleh wanita adalah

  • Menghayati agama
  • Memiliki akhlak mulia
  • Mampu memimpin keluarga
  • Suami yang sekufu (setaraf)

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya :
Apabila datang meminang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar.
(Riwayat Al-Tarmizi) 

Okay, that's it pasal pemilihan jodoh. Let's proceed with  tanggungjawab suami dan isteri

Tanggungjawb suami

  •  Memberi mahar atau mas kahwin. 

 ` Dan berilah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya''
(Surah An-Nisa' ayat 4)

  • Memberi nafkah seperti perbelanjaan makan, minum, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, rawatan dan sebagainya.

'Seseorang itu adalah berdosa jika mengabaikan nafkah ke atas orang yang ditanggung'
(Riwayat Abu Daud)

Dan banyak lagi. Malas nak list semua. Nanti korang takpegi kursus kahwin alasan dah belajar semua tu dari blog aku. Mati aku nak menjawab kalau pejabat agama tanya =.=''



Tanggungjawab isteri

  • Taat kepada suami atas apa jua urusan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Sabda Rasulullah SAW : 
'Kalaulah aku boleh memerintahkan seseorang supaya sujud kepada seseorang, sudah pasti aku perintahkan seorang isteri supaya sujud kepada suaminya.' 
(Riwayat Al-Tarmizi)


  • Menjaga harta suami dan  maruah diri. Yes, pasal maruah diri ni kan, saya nak bebel sikit. Ni idea sendiri berdasarkan pembacaan sendiri. Maruah diri seorang wanita ni sebenarnya penting lebih-lebih lagi bagi yang telah bersuami sebab seorang isteri yang membantu suami untuk masuk syurga. Kan lelaki yang akan menanggung segala dosa wanita. (terima kasih sayang!) *gedik*. Kita tahu kan lelaki ni bertanggungjawab ke atas 4 orang wanita di akhirat. Maksudnya ada 4 orang lelaki jugak yang akan protect kita. So, kira macam nak balas budi mereka, kita buat perangai bagus-bagus. Jangan bagi mereka susah sebab kita.
4 golongan wanita yang dipertanggungjawabkan oleh seorang lelaki (haaa, gedik sangat nak kahwin sampai 4) :-
  1. Isterinya (kita la tu)
  2. Ibunya (Kita jugak)
  3. Anak perempuannya (Kita lagi?)
  4. Saudara perempuan (Yes, memang kita!)

Kan? Itu baru kahwin sorang. Kalau kahwin 4, anak perempuan pula ramai, tak dapat nak bayangkan macam mana?

And for these four precious men, err at least for me, they did, I love you!  
  • FUTURE HUSBAND - Awak jangan datang sekarang, saya tak sedia lagi dengan tanggungjawab tu semua. Nanti tiba masa nya awak datang, jangan awal jangan lambat! Err.. and for now, take care of yourself! Just like I do. :)
  • ABAH - Janji taknak nakal-nakal dah :) Jadi anak yang baik!
  • FUTURE SONS - Ibu terima awak seadanya :) (nanti awak panggil ibu ya!) 
  • FARIEZ & FIKREY - Yoo! Kakak dah jadi baik. Awak pon jadi baik juga ya! Sayang laa awak! :)

I Love You I Love You I Love You I Love You I Love You I Love You 



**********

That's it for the day 1 of premarital course. And it take days to finish this err..review? Then the summary of the first day are :-

  • Men and women are complement to each other. And your true mate will be yours when the time comes. So no worries, stay steady and live your life happily. :)
  • Islam is the best way of life in every aspect. Don't deny the fact, believe all the fate and go through all the obstacle in front of you.
  • And lastly, even I'm fall asleep in every slot, but it doesn't meant that I don't know the anything but it is nothing if we know yet we just ignore it. Like we all know that err..couple is HARAM yet we still do it. Sekian.
Nanti nak buat entry pasal adat di majlis ilmu!  Pastu nak buat pasal premarital course day 2 tapi tak tahu bila nak siap sebab for first day pun dah ambil masa sampai 3 days. Taktahu bila nak start for the second day =.=''.

Bye!

No comments: